bak!! hee... ta btemu g... d tgh malam krg buta ney.... hee... saa mw bg sdikit tazkirah sbg panduan nun ney... panduan bersama bh yunk... kan pernah dibilang..,,nda bagus lokek ilmu..... jadinyaaa tgk bwh...
Daripada Aisyah r.a, Nabi saw bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah
kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan
dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”. ( HR Bukhari & Muslim )
HURAIAN : Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian
dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan
kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu
sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya
ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya : -
Berwuduk
Sebaik–baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk
mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat
dirahmati. Insya Allah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada
gangguan syaitan dan iblis. ( ne r yg mesti d wat bos2 saa )
Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam.
Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut
anda cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda
cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.
( saa jenis yg nda makan malam,,bukan diet rrr... tp..malas mw makan.. )
Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula
perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda
melakukan perkara–perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus
mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukankesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan
beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
( maafkan orang tak kira siapa~ insya Allah,Allah melipatgandakan rezeki )
Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah–surah
tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan
dan seeloknya menghadap ke kiblat.
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al–Ikhlas, Al–Falaq dan
Al–Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua–dua belah
tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat
sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali
berturut–turut.
Sebelum Tidur Membaca Doa :-
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
"bismikallahumma ahya wa amutu"
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al–Kausar sebanyak tiga kali
sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal
bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.
( kdg2 ada ne liat,,, termasuk saa sekali.. astaghfirullah~ )
Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur
kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji
bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami.
KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan
untuk melonggarkan otot–otot badan.
( senaman sikit... jan malas2 bh weyh... huuu )
bh... jd... jan setakat direnung seja... amalkan r yeaaa.... jan d IC ja Islam batin wallahualam... duyy... jadi pandai2 r yeaa... hee.... hati yg bersih dtg dari minda yg cerdas, jiwa yg lapang n perut yg kenyang... huu gurau..... bh smpaii cne jaa... t ada g tuh...
No comments:
Post a Comment